Bukan aku tak mengerti apa ertinya cinta
Bukan aku tak sudi menerima hatimu
Bukan Niatku ini untuk melukaimu
Hanya tuhan mengetahui sukar untuk kulafazkan
Kulakarkan melodi diiringi puisi
Perasaanku merintih di kalbu
Kupohon kemaafan dari hati yang suci
Tak usah kau mengharap kasih dariku
Tak terdaya hatiku tuk memaksa kau cinta
Untuk dikau kasih biarkan takdir menentukan segala-galanya
Bahtera cintaku ini dilanda ombak gelisah
Persefahaman di antara kita tak sehaluan
Bukan mudah perjalanan hidup yang bahagia
Bukan mudah tuk memahaminya
Pengorbanan adalah kunci jalinan kasih
Sediakah kita tuk mengharunginya bersama
# | Top 7 Hazami |
---|---|
1 | Hazami - Tekad |
2 | Hazami - Diari Cinta Kita |
3 | Hazami - Sonata Musim Salju |
4 | Hazami - Kata |
5 | Hazami - Mungkin Bahagia |
6 | Hazami - Hanya Kerana |
7 | Hazami - Fantasia |